Friday, September 11, 2009

Monday, September 7, 2009

Prestasi Matematik Tambahan KISAS dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2009

Peperiksaan Percubaan SPM  yang setara di seluruh SBP telahpun berakhir pada 19 Ogos 2009 yang lalu. Peperiksaan kali ini dijalankan dalam suasana yang agak suram  di mana ramai  pelajar-pelajar KISAS diserang batuk dan demam kuat. Pada hari pertama sahaja, hampir 60 orang pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan.

Pada hari yang sepatutnya dijalankan peperiksaan bagi kertas Matematik Tambahan , warga KISAS telah digemparkan dengan  berita bahawa seorang pelajar tingkatan 4 telah disahkan  HINI positif . Pihak sekolah telah mengambil keputusan menangguhkan kertas Matematik Tambahan pada hari Jumaat berikutnya

Sunday, September 6, 2009

Salam Aidil Fitri



Marilah kita semua kembali kepada fitrah yang asal , menjadi hamba Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Selamat Menyambut Aidil Fitri buat semua

Salam Ramadhan


Ikhlaskan hati , sucikan jiwa dan tingkatkan amalan . Sambutlah cahaya indah di bulan yang penuh barakah. Selamat menunaikan ibadah puasa.
KHUTBAH RASULLULAH SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN

Saturday, September 5, 2009

15.72% pelajar SBP mendapat gred C dalam Matematik Tambahan SPM 2008


Menurut statistik pencapaian SPM 2008 yang dikeluarkan oleh SBP Excellence , seramai 1,246 orang pelajar SBP mendapat gred C di dalam subjek Matematik Tambahan. Dalam erti kata lain , 15.72% daripada 7,926 orang pelajar SBP yang menduduki peperiksaan SPM 2008 gagal mendapat pencapaian minima iaitu 4B. Malahan tiada sebuah SBP pun yang terkecuali dari calonnya mendapat gred C. Persoalannya, mengapakah scenerio ini masih terdapat di SBP?

Adakah wajar guru-guru Matematik Tambahan di SBP dipersalahkan? Realiti bahawa mereka ini adalah pelajar-pelajar yang terpilih benar - benar mencabar kewibawaan guru-guru di SBP. Permasalahan ini perlu didekati secara jujur. teliti dan mendalam .

Dari aspek pelajar itu sendiri, pencapaian A di dalam UPSR dan PMR semata-mata belum mencukupi untuk mereka berjaya di peringkat SPM. Kaedah hafalan dan latihtubi yang berasaskan kepada "familiarity" yang diamalkan oleh setengah-setengah pelajar di peringkat rendah gagal membentuk pemikiran yang kritis dan kreatif yang amat diperlukan untuk membina kefahaman di dalam subjek ini.

Sikap terlalu mementingkan jawapan berbanding dengan pemahaman konsep keseluruhan juga merupakan satu lagi corak pembelajaran yang diamalkan oleh setengah-setengah pelajar yang gagal memfokuskan pemikiran mereka kepada pemahaman di dalam sesi pembelajaran.

Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru Matematik Tambahan di SBP. Bagaimanakah harus kita tangani permasalahan yang lebih mendasar ini. Bagaimana harus kita perbetulkaan kaedah belajar anak didik kita yang tidak berkesan tetapi telah sebati dengan jiwa mereka.

Friday, September 4, 2009